Halaman

Jumaat, 24 Disember 2010

Perbanyak amal ibadat dengan ingat hari akhirat

BAGI orang Islam, hari akhirat adalah destinasi terakhir. Begitulah kepercayaan yang tersemat dalam hati mereka yang mengakui beriman. Kepercayaan ini penting dalam hidup manusia supaya mereka mempunyai wawasan jelas. Malah al-Quran sering menyebut mengenainya setiap kali soal keimanan terhadap Allah SWT dibangkitkan.

Hari akhirat dalam pengertian mudah ialah hari-hari penghidupan yang terakhir setelah melalui penghidupan di dunia. Dunia ini akan berlaku kehancuran seluruhnya dan segala makhluk yang bernyawa semuanya akan mati.

Selepas itu, Allah akan menggantikannya pula dengan alam baru dan menghidupkan semua manusia itu semula. Kemudian mereka akan dihisab dan dinilai segala amalan sewaktu hidup di dunia.

Sebenarnya kepercayaan seperti ini juga wujud dalam fikiran sebahagian mereka yang bukan beragama Islam. Mereka juga percaya bahawa ada kehidupan bahagia dan sebaliknya setelah mati. Tetapi kepercayaan itu tidak sama dengan yang diyakini umat Islam.

Dalam hal ini, seseorang Muslim wajib percaya bahawa Allah akan membinasakan seluruh alam ini bila tiba saatnya nanti. Kemudian semua manusia termasuk yang bukan beragama Islam akan dibangkitkan semula untuk menerima penghakiman Allah. Masing-masing akan dinilai segala amalannya di dunia sama ada bermutu atau tidak.

Dalam keadaan itu, setiap manusia akan menghadapi pelbagai keadaan dan suasana berdasarkan amalan masing-masing. Allah menggambarkan keadaan hari akhirat itu dalam firman-Nya yang bermaksud: “Wahai sekalian manusia. Takutilah kepada Tuhan kamu, sesungguhnya goncangan kiamat itu sungguh dahsyat. Pada hari kamu melihat peristiwa yang mengerikan itu, tiap-tiap ibu yang menyusukan anak akan lupa anak yang disusuinya dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang dikandunginya dan kamu akan melihat manusia mabuk padahal mereka sebenarnya tidak mabuk tetapi kerana azab Allah amatlah berat dan mengerikan.” (Surah al-Hajj: 1-2).

Gambaran yang cukup menakutkan itu sepatutnya boleh menginsafkan setiap manusia apatah lagi orang Muslim. Sebenarnya, gambaran ini seperti mahu memberi peringatan kepada penghuni bumi agar bersiap sedia menghadapi hari akhirat. Malah hari itu patut menjadi idaman setiap Muslim kerana kehidupan akhirat lebih baik daripada kehidupan dunia.

Oleh sebab itu, setiap Muslim sewajarnya memiliki wawasan akhirat sepanjang hidupnya di dunia ini. Dengan wawasan itu, mereka pasti berjaya meraih keredaan Ilahi pada hari kemudian itu.

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya berjayalah orang yang (setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal yang soleh) dan mereka menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan solat (dengan khusyuk). (Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian) bahkan kamu utamakan kehidupan dunia. Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.” (Surah al-A’la: 14-17)

Jelas daripada ayat di atas, amalan membersihkan diri, mengingati Allah dan melakukan solat adalah tanda keimanan terhadap hari akhirat. Seseorang Muslim yang beriman terhadap hari akhirat perlu membanyakkan amal kebajikan dan tingkatkan ketakwaan. Begitulah persiapan orang yang mempunyai wawasan akhirat.

Sebaliknya, keimanan yang tipis terhadap hari akhirat menyebabkan ramai manusia bergelumang dalam kebatilan, kemaksiatan dan kezaliman. Hal ini demikian adalah kerana mereka tidak menjadikan hari akhirat sebagai matlamat hidup. Mereka seolah-olah tidak yakin akan ada hari pembalasan.

Mereka yang menjadikan wawasan dunia sebagai matlamat utama akan lebih mencintai dunia, tamak, kedekut dan cenderung ke arah kejahatan. Malah ada sebahagian manusia yang sanggup meninggalkan perintah Allah dan melanggar segala larangan-Nya. Tidak kurang juga golongan yang tergamak melakukan kerja haram lagi terkutuk demi meraih kemewahan dunia semata-mata.

Sebenarnya kehidupan di dunia adalah kehidupan yang mesti dilalui manusia. Maka dalam dunia ini, disediakan pelbagai keperluan untuk memudahkan manusia menuju ke akhirat. Namun, kadang-kadang mereka terleka dengan keindahan dunia yang sementara ini. Dalam hal ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah mainan dan hiburan serta hiasan luaran yang masing-masing bermegah-megah antara kamu. Masing-masing berlumba-lumba untuk membanyakkan harta benda dan anak pinak. Keadaan ini sama seperti hujan yang dengannya mengagumkan petani kerana tanaman yang subur menghijau, kemudian tanaman itu berubah lalu kelihatan kuning, akhirnya menjadi reput. Sedangkan di akhirat terdapat azab yang berat, keampunan daripada Allah dan keredaan-Nya. Dan tiadalah kehidupan dunia melainkan sesuatu yang menipu daya.” (Surah al-Hadid: 20)

Jelas daripada ayat di atas satu gambaran bahawa kehidupan seseorang yang tidak beriman terhadap hari akhirat leka dengan kenikmatan dunia ini. Kedudukannya sama seperti petani yang kagum melihat tanamannya yang subur pada musim hujan. Dia tidak membuat persiapan untuk menghadapi musim selepasnya, lalu bila ketiadaan hujan musnahlah tanamannya.

Keadaan ini tentu berbeza dengan mereka yang beriman terhadap hari akhirat. Mereka pasti membuat persiapan sepanjang kehidupan di dunia. Peluang bermain, berhibur dan berhias di dunia diguna sepenuhnya untuk menuju akhirat. Sikap mereka ini sudah pasti mendapat keampunan Allah dan keredaan-Nya. Yang pasti, dunia yang dilalui itu tidak menipunya.

Selasa, 21 Disember 2010

Apa Itu Cinta...

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.


Sifat Cinta
Cinta itu suci, mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.


Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.


Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta, maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu. Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta, lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.


Cinta Itu Indah
Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat, tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng. Bukan saja ia cantik malah suci murni, bercahaya gemerlap dan putih bersih.


Cinta Itu Mengharap Balasan
Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan, dari diri yang punya persamaan, dari diri yang asalnya satu. Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secocok dengan jiwanya, untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.


Cinta Itu Menakluki
Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk
dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi, dalam pada ingin menakluki, ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.


Cinta Itu Mengetahui
Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut
dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya. Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi, cinta cuma tahu bercinta. Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.


Cinta Itu Hidup
Cinta adalah ibarat manusia, boleh berputik, lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta, berkata cinta, melihat
cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci, cemburu, gembira, sedih, tenang, tertekan, ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.


Cinta Itu Suci
Sebagaimana yang banyak dikatakan orang, cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta, ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan. Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.


Cinta Itu Mempesona
Cinta itu bukan saja indah, tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan
bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel, tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.
Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya…mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana, akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu. Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.


Apakah itu Bukti Cinta?
Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu. Mereka percaya jika itu tidak berlaku, maka cinta itu tidak tinggi nilainya. Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?
Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri.

Batas Pergaulan Masa Kini

 Remaja lelaki dan perempuan masa kini menghadapi masalah sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina, bohsia dan sebagainya.

Islam menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira jantina, bangsa, agama dan sebagainya.

Semakin banyak orang itu bergaul semakin erat hubungan dan persaudaraan.

Firman Allah: "Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya Kami mencipta kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang." (Al-Hujurat: 13)

Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu ia akan membawa kepada masalah sosial.

Para remaja diingatkan supaya berkawan atau bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam iaitu:

1) Elakkan pergaulan tanpa batas.
2) Bercakap kosong.
3) Bergurau senda tanpa melebihi batas.
4) Jangan berpegangan tangan.
5) Jangan tepuk-menepuk dan lain-lain.
6) Jangan berdua-duaan di tempat sunyi.
7) Elakkan berpandang-pandangan terlalu kerap kerana mata adalah kunci hati dan pandangan adalah jalan yang membawa fitnah dan sampai kepada perbuatan zina.
8) Langsungkan perkahwinan apabila cukup persiapan.
9) Pandangan yang terpelihara ialah apabila memandang kepada jenis lain tidak mengamati kecantikannya dan tidak lama menoleh kepadanya serta tidak melekat pandangan yang dilihatnya itu.



UsTaZ RoCk....

Ustaz Halim (bukan nama sebenar), telah diganggu dengan suatu mimpi yang dia sendiri tidak memahaminya. Berbulan bulan dia tidak lelap
tidur kerana mimpi tersebut. Dia bermimpi datang seorang lelaki
yang dalam keadaan yang amat terseksa dan melambai-lambaikan tangan
kepadanya dengan berkata " tolong bebas kan aku". Setelah bersolat
hajat, bertanya dengan orang-orang 'alim akhirnya dia telah
bertanya dengan ibunya dimanakah kubur bapanya.





Ibunya bercerita, ketika berlaku serangan Jepun di Tanah Melayu,
dia telah terpisah dengan suaminya. Hampir 40 tahun berlalu dia tidak pernah dengar langsung khabar berita. Maklumat yang diketahui ayahnya telah terbunuh ketika perang Jepun dahulu. Setelah berlalu beberapa bulan, Ustaz Halim tidak jemu-jemu bermunajat dan berdoa agar Allah memberikan petunjuk supaya dia dapat menyelesaikan mimpinya.

Mengikut orang-orang 'alim, orang yang memanggilnya didalam mimpi tersebut ialah roh ayahnya. Ustaz Halim sentiasa berdoa kepada Allah supaya mengampuni dosa ayahnya dan melepaskan siksaan yang diderita oleh ayahnya. Namun setelah dua tahun berlalu dia masih diganggu oleh mimpi tersebut lagi.

Masa berlalu, akhirnya dia dapat maklumat bahawa sebenarnya ayahnya baharu meninggal lebih kurang dua tahun yang lalu. Maklumat yang diterima, ayahnya adalah seorang yang berjaya dalam perniagaan dan
telah banyak melakukan amal kebajikan untuk kabaikan Islam. Setelah terpisah ketika perang Jepun, aruah ayahnya telah berikthiar mencari isterinya namun tidak berjumpa. Ayahnya mendapat tahu isterinya telah meninggal dunia kemudian telah mendirikan rumahtangga dengan isteri kedua dan dikurniakan dengan lima orang anak perempuan.

Ustaz Halim telah pergi ke rumah ibu tirinya untuk mengetahui jika ayahnya dahulu ada meninggalkan apa-apa hutang yang belum selesai.
Ibu tirinya dan adik-adik tirinya tidak memberikan kerjasama yang baik setelah mengetahui bahawa Ustaz Halim adalah juga waris kepada simati. Dia takut Ustaz Halim akan menuntut haknya daripada harta simati. Bagimanapun daripada peguam keluarga ayahnya memberitahu bahawa semua hutang simati telah dijelaskan dan tidak ada satu pun yang tinggal.

Ustaz Halim terus menyiasat, kepada semua kenalan aruah bapanya dan
memohon semua kenalan bapanya jika ada salah dan silap ketika dia hidup harap diampunkan.

Masa berlalu, mimpi masih terus menganggu. Suatu hari Ustaz Halim pergi semula kerumah ibu tirinya, menceritakan kepada ibu tirinya tentang mimpi yang dialaminya. Mimpi tersebut bermula setelah kematian ayahnya. Ibu tirinya merasakan tidak mungkin sebab aruah ayanya adalah seorang yang taat beribadah dan rajin bersedekah. Suka menolong orang susah. Tidak pernah lambat menjelaskan zakat perniagaannya. Bagaimana dia boleh terseksa. Ibu tirinya berpendapat itu mungkin bukan aruah suaminya.Mungkin orang lain.

Setelah panjang lebar berbincang dengan ibu tirinya, dia pun
mengambil keputusan untuk balik. Ketika keluar daripada rumah
tersebut, dia bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tua tersebut
bertanya ini kah rumah Datuk Azlan bin Affendi (bukan nama
sebenar). Ustaz Halim menjawab betul. Dia ada dirumahkah? Tanya
lelaki tua tersebut.

Kemudian tanpa banyak soal, ustaz Halim membawa orang tua tersebut ke kubur aruah ayahnya. Di dalam perjalanan, Ustaz Halim menceritakan segala-galanya dan orang tua tersebut menceritakan pula dia adalah sahabat karib kepada kawannya Azlan. Beberapa minggu yang lepas dia terbaca satu buku dan dibelakang buku tersebut ada biodata kawannya itu. Lalu dia terus datang ke KL untuk berjumpa dengannya.

Sebelum sampai ke kubur, mereka singgah sebentar minum di warung kopi. Ustaz Halim bertanya dengan orang tua tersebut. Pernahkan pakcik berselisih paham dengan ayah saya? Jawap orang tua tersebut,tidak pernah dan kalau adapun dia telah mengampunkan segala dosanya. Ustaz Halim terus bertanya berkenaan dengan hutang. Orang tua itu kata tidak pernah Azlan berhutang dengannya.

Mereka terus ke kubur dan berdoa. Selesai berdoa orang tua terebut teringat peristiwa sebelum mereka berpisah ketika perang Jepun. Ketika itu kami sedang minum kopi di warung. Azlan telah tergesa-gesa pulang dan meminta dia membayarkan duit minum kopi yang berharga 5 sen dahulu. Dia berjanji akan membayar balik. Kemudian Jepun menyerang kampung kami dan kami terus berpisah. Orang tua tersebut terus berdao Ya Allah aku halalkan hutang lima sen yang kawan ku Azlan berhutang kepada ku.

Setelah hari itu, Ustaz Halim tidak lagi diganggu dengan mimpi tersebut lagi.

Ini adalah kisah benar (Nama sebenar dirahsiakan oleh penulis).

Moral cerita:- Renungilah hadith nabi berikut:

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:

"Roh seorang mukmin yang berhutang jika hutangnya tidak
dijelaskannya maka tergantung-gantunglah ia di antara langit dan bumi, yang bererti terseksalah roh itu hingga dibiarkan hutangnya itu"

Dari kisah ini, Datuk Azlan masih beruntung kerana dia mendapat anak yang soleh (Ustaz Halim). Dan dengan berkat anak yang soleh ini dia dapat mengadu kepada anaknya didalam mimpi kemudian terbebas ia dari hutang yang sangat kecil iaitu 5 sen dan telah dapat terbebas dari seksaan yang dahshat iaitu Roh teawang-awang diantara langit dan bumi.

Oleh itu, walaupun banyak amal ibadat kita, banyak sedekah kita, jika ada hutang yang tidak selesai walaupun satu sen pasti roh kita akan terseksa setelah kita mati. Oleh itu, jika berhutang hendaklah ditulis dan beritahu kepada waris kita sebelum kita mati supaya waris kita dapat menyelesaikannya.

Seperti firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 282:

"Wahai orang mukmin, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan cara berhutang (yang bertempoh) hingga ke ssuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulisnya (kadarnya dan tempohnya) dan hendaklah ada jurutulis yang menulisnya dengan adil dan benar, dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis/mencatit sebagaimana Allah telah ajarkan. Oleh itu hendaklah penulis itu mengikut yang merencanakan oleh pihak yang terlibat dengan penuh rasa taqwa kepada Allah Tuhannya dan janganlah dia mengurangkan sesuatupun dari jumlah atau kadar dan tempoh masa berhutang itu dimulakan hingga selesai dibayarkan balik dengan sempurna."



sahabat...
samaada cerita ini rekaan atau kisah sebenar...waAllahu'alam

yg penting..kami HARAP..kite semua mengambil iktibar drpdnnya...

waAllahu'alam

wassalam


Apa Yang Lelaki Suka Dan x Suka

Lelaki suka:
  • Sikap kelakar
  • Budi pekerti dan kesopanan
  • Murah hati
  • Senyuman manja
  • Pandai memasak
  • Pandai dalam mengenakan pakaian
  • Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
  • Tak mudah naik angin
  • Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
  • Tak terlalu seksi dalam berpakaian
  • “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
  • Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
  • Berwawasan atau bercita-cita tinggi
  • Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
  • Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
  • Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
  • Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
  • Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
  • Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
  • Sikap keibuan
  • Sukakan kanak-kanak
  • Suara lembut tanpa dibuat-buat
  • Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
  • Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
  • Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
  • Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut
  • Tahu bersyukur
  • Pandai berjimat-cermat
  • Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
Lelaki Tak Suka:
  • Wanita yang suka mengumpat
  • Sombong dan bongkak
  • Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
  • Hisap rokok
  • “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
  • Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
  • Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
  • “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
  • “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
  • Wanita yang hipokrit
  • Pembohong dan suka mencari alasan
  • Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
  • Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
  • Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
  • Pengotor dan pemalas
  • Tak bertanggungjawab langsung
  • Tak pandai mengemas
  • Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
  • Kuat berleter walau hal remeh temeh
  • Boros berbelanja
  • Tak tahu memasak
  • Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
  • “Queen Control” atau suka mengarah-arah
  • Tak pandai bergaya atau selekeh
  • Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
  • Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
  • Panas baran
  • Kuat merajuk dan sukar dipujuk
  • Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
  • Tak mahu mengakui kesilapan dan ego 

CiNtA BukAn MaInAn yE dIk

Pernah suatu masa dahulu, ketika saya sedang berjalan-jalan dengan Mrs Teddy (tengah dating la kirenya), saya ternampak beberapa orang budak dalam lingkungan 12 hingga 15 tahun duduk berlepak-lepak di shopping complex. Kecil-kecil je badan mereka. Yang menjadi peliknya, mereka-mereka ini bukan saja berkumpul tetapi berkepit mengalahkan saya dengan Mrs Teddy (Tetapi kitorang takde berkepit-kepit tau. Tu pasal saya kata mengalahkan kami berdua).
Memang semua orang ingin bercinta. Lagi-lagi ketika usia sudah meningkat ke alam remaja, perasaan cinta itu mula membuak-buak. Ramai yang mengatakan cinta ketika di alam persekolahan merupakan cinta monyet. Saya tak pasti la kenapa tetapi dari apa yang saya tahu, cinta monyet ini adalah cinta yang hanya berdasarkan suka semata-mata dan bukannya disebabkan kasih sayang dan perasaan cinta yang mendalam yang tujuannya untuk mendirikan rumah tangga.
Cinta bukan mainan ye adik-adik? (Macam dah tua pulak saya ni kan panggil adik-adik ni…). Tetapi cinta itu merupakan suatu perkara yang unik dan teramat rapuh dan mudah pecah. Sekiranya cinta ini dibuat main-main, sudah pasti cinta itu akan retak lalu pecah disebabkan perasaan yang tidak serius dalam bercinta. Cinta perlukan pengorbanan dan tanggungjawab. Ingat tu…
Jadi…sekiranya adik-adik yang ingin bercinta itu, cuba fikirkan sedalam-dalamnya. Adakah adik-adik cinta pada seseorang itu hanya untuk suka-suka atau memang benar-benar sayang dan ingin hidup bersama dengan si dia hingga ke akhir hayat. Cuba minta pendapat rakan-rakan adik yang lain dan bertanya pada diri sendiri adakah adik-adik bersedia untuk bercinta.
Fikir-fikirkanlah masa depan adik-adik. Bercinta memang best. Memang menarik. Tetapi adakah adik-adik benar-benar mencintai si dia? Benarkah si dia betul-betul mencintai adik? Bolehkah adik-adik dapat membahagikan masa untuk bercinta dan untuk berlajar? Semuanya bergantung pada diri adik-adik untuk menilainya.
Sekiranya ada masalah dan ingin bertanyakan pendapat, adik-adik bolehlah tanya soalan di Forum Tentang Cinta kami. Di sana, kami mempunyai ramai ahli-ahli forum dan FTC Crew yang dapat membantu dan memberikan jalan penyelesaian untuk adik-adik memilihnya.
Tetapi bagi saya, bercintalah ketika adik-adik benar-benar bersedia. Dan kalau boleh, cuba elakkan dari bercinta ketika masih di alam persekolahan. Sudah banyak yang saya dengar couple-couple muda putus hubungan ketika masih bersekolah.
Sekiranya anda ada pendapat yang lain, bolehlah kongsikan ia melalui kotak komen di bawah ini. Mari kita bincangkan bersama-sama mengenai isu cinta di usia muda ini. Kalau ada adik-adik yang bercinta dan masih bersekolah ingin berkongsi pendapat pun, boleh juga. Hantarkan saja komen-komen anda di sini. Kami pun nak tahu juga apa sebab anda bercinta ketika masih bersekolah

Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL

Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.

Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-

?usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi ?usia yang mengalir darah yang gemuruh ?usia yang tinggi idealisme yang luas ?usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula ?usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.

Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-

?generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu ?generasi amal dan membina jama'iy ?generasi rabbani dan ikhlas ?generasi yang bernasabkan Islam ?generasi da'awah dan jihad ?generasi dagang dan hidup bersama orang ramai ?generasi gagah dan agung ?generasi seimbang dan sederhana

Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:

?Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam dan keunggulannya ?Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat ?Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah ?Fitnah ijazah dan pangkat ?Fitnah wanita, isteri dan anak-anak

Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-

?Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar ?Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada ?Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri ?Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik ?Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan ?Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh ?Perakui kejayaan anda ?Tetap merendah diri ?Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada ?Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya

Sedekah yang paling murah



Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Dengan murung lelaki itu mengadu,"Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki , Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sang Guru menjawab sederhana, "Perbaiki penampilanmu dan ubahlah roman mukamu. Kau tahu, Rasulullah adalah penduduk dunia yang miskin namun wajahnya tak pernah keruh dan selalu ceria. Sebab menurut Rasulullah, salah satu tanda penghuni neraka ialah muka masam yang membuat orang curiga kepadanya." Lelaki itu tertunduk. Ia pun berjanji akan memperbaiki penampilannya. Wajahnya senantiasa berseri. Setiap kesedihan diterima dengan sabar, tanpa mengeluh. Alhamdullilah sesudah itu ia tak pernah datang lagi untuk berkeluh kesah.

Sebagaimana kata Rasulullah,"Sesungguhnya Allah itu indah dan mencintai keindahan."Namun demikian tidak berarti Islam mengajarkan kemewahan. Islam justeru menganjurkan kesederhanaan. Baik dalam berpakaian, merias tubuh maupun dalam sikap hidup sehari-hari. Nabi sendiri jubahnya seringkali sudah luntur warnanya tapi senantiasa bersih. Umar bin Khattab walaupun jawatannya kalifah, pakaiannya sangat sederhana dan bertambal-tambal. Tetapi keserasian selalu dijaga. Sikapnya ramah, wajahnya senantiasa mengulum senyum bersahabat. Roman mukanya berseri.

Tak heran jika Imam Hasan Al Basri berpendapat, awal keberhasilan suatu pekerjaan adalah roman muka yang ramah dan penuh senyum. Bahkan Rasulullah menegaskan, senyum adalah sedekah paling murah tetapi paling besar pahalanya. Demikian pula seorang suami atau seorang isteri. Alangkah celakanya rumah tangga jika suami isteri selalu berwajah tegang. Sebab tak ada persoalan yang diselesaikan dengan mudah melalui kekeruhan dan ketegangan. Dalam hati yang tenang, pikiran yang dingin dan wajah cerah, Insya Allah, apapun persoalannya nescaya dapat diatasi. Inilah yang dinamakan keluarga sakinah, yang didalamnya penuh dengan cinta dan kasih sayang."Anda ingin beramal soleh...?


INFO: CARA BUNUH NYAMUK. Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong botol plastik ditengah-t...