Halaman

Rabu, 21 Mac 2012

Peringatan dan pengajaran buat kita



Pada suatu malam, seorang lelaki telah bermimpi berjumpa dengan hamba Allah yang sudah meninggal dunia...
dalam mimpi lelaki ini, lelaki ini bertanya bgaimana keadaannya?
lalu hamba Allah ini menjawab bahawasanya dia baru shaja selesai menjawab 1 soalan mengenai kehidupannya didunia...
lelaki ini bertanya apa perbuatan mu?
hamba Allah ini menjwab bahawa pada suatu hari dia menghadiri satu majlis kenduri, lalu dihidangkannya satu hidangan yang mengandungi semangkuk gulai daging...setelah selesai menikmati hidangan itu, lalu lelaki ini pulang kerumah...
semasa perjalanannya hamba Allah ini tidak sengaja mematahkan sdkit ranting untuk mencungkil cebisan daging yang terlekat pada giginya.....
disebabkan perbuatan yang dilakukan oleh hamba Allah ini, bertahun2 lamanya beliau disoal jawab.....
Dpt kita simpulkan bahawa mengambil hak org lain tnpa memhon kebenaran adalah stu perbuatan yang slah dan berdosa...yang tu tnpa niat, kalau dengan niat x thu la mcm mne....waAllahhuaalam bisowabb....

SUMBER: sedikit intipati kuliah maghrib masjid wakaf bharu, 16250 wakaf bharu kelantan.

Isnin, 19 Mac 2012

Pemberitahuan Tentang Format Baru STPM Sistem Modular)


Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.
Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!

Sinar Harian_Nasional


Modular sistem baru STPM

KUALA TERENGGANU – Mulai tahun ini, sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diubah kepada sistem baru iaitu modular, bagi menggantikan sistem terminal yang diguna pakai sebelum ini.

Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi berkata, dalam sistem yang baru diperkenalkan bagi sesi 2011-2013 itu, pelajar tidak perlu lagi mengambil peperiksaan itu pada akhir tahun, tetapi akan ambil peperiksaan pada setiap penggal.

“Mulai Jun tahun ini, STPM akan menggunakan sistem modular bagi menggantikan sistem terminal, di mana pelajar akan mengambil peperiksaan di setiap tiga penggal persekolahan dan keputusan itu digabungkan dalam ketiga-tiga penggal berkenaan.

“Malah, dalam sistem baru ini juga pelajar turut diberi peluang untuk mengulang mata pelajaran yang tidak memuaskan, namun syarat itu hanya membenarkan pelajar me ngu lang dalam penggal terakhir sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian sebaik selesai merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-26 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, di sini, semalam.

Justeru Mohd Fuad berharap, dengan adanya sistem baru yang diperkenalkan itu bakal menarik lebih ramai pelajar untuk memasuki tingkatan enam, di mana sebelum ini kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih memilih untuk memasuki kolej matrikulasi dan kolej swasta.

“Cabaran yang kita hadapi hari ini adalah kebanyakan pelajar lebih suka masuk ke kolej swasta di mana banyak punca seperti tawaran pinjaman pelajar, pemberian komputer riba percuma sebaik mendaftar serta ingin cepat mendapat diploma, seterusnya cepat boleh bekerja.

“Namun, kita harap dengan adanya sistem modular yang diperkenalkan ini mampu menarik lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam kerana sistem yang digunakan adalah sama seperti di universiti,” katanya.

Bagaimanapun katanya, sukatan pembelajaran dan kurikulum tetap sama dan yang berubah adalah sistem peperiksaan sahaja.

INFO: CARA BUNUH NYAMUK. Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong botol plastik ditengah-t...