Selasa, 25 September 2012
Sabtu, 23 Jun 2012
Al-Quran penawar hati
Bersahabat dengan al-Quran
Al-Quran,
Mukjizat dan peratusan agung daripada Allah,
Kalimah Allah yang tiada dusta,
Terkandung segala peraturan dan tuntutan hidup sebagai hamba,
Lengkap untuk dijadikan panduan dan pedoman.
Membacanya merupakan suatu ibadah,
Pengubat hati yang resah dan gundah,
Menjadikan akal tajam dan pintar,
Pemberi syafaat kepada penciptanya yang setia.
Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai pendamping,
Kalimahnya terpahat utuh di hati Baginda,
Dirinya sering merindui al-Quran,
Sehingga berpesan kepada umatnya bacalah al-Quran setiap hari.
Indahnya bacaanmu,
Sehingga mengalir daripadanya air mata keinsafan,
Dialunkan dengan tenang dan perlahan,
Satu persatu mengisi kamar hati,
Meresap dan membekas di hati Nabi.
Ayuh bersama jadikan al-Quran pakaian peribadi,
Perbaiki bacaannya sertahayati pengajarannya,
Sesungguhnya tiada masa untuk masa kita leka,
Mahalnya sebuah kejujuran.
Ternukil kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani sewaktu beliau masih kecil. Kisah ini berlaku antara beliau dengan perompak. Beliau menceritakan pada suatu hari beliau berangkat dari Mekah menuju Baghdad untuk menuntut ilmu.
Ibunya memberi bekal sebanyak 40 dinar dan berpesan untuk bersikap jujur.
Ketika sampai di daerah Hamadan, kumpulan musafirnya diserang sekEmlompok bangsa Arab dan merampas kafilah. Lalu salah seorang daripada mereka bertanya:
"Apa yang kamu bawa?" beliau menjawab: "40 dinar".
Orang tersebut menyangka diperolok-olokkan, lalu membiarkan dirinyan. Mereka yang turut melihat mula merapati dan bertanya: "Apa yang kamu bawa?" beliau menjawab: "40 dinar." Lalu perompak itu menangkap dan mengheret beliau kepada ketua mereka.
Pemimpin tersebut bertanya :"Apa yang kamu bawa?" Syeikh menjawab: "40 dinar." Ia bertanya lagi: "Apa yang membuat kami jujur seperti ini?". Syeikh menjawab ibunya berpesan untuk berbuat JUJUR dan beliau takut mengkhianati pesan ibunya. Kemudian ketua perompak terebut menangis dan berkata: "Kamu wahai anak kecil takut mengkhianati pesan ibumu, sedangkan aku tidak takut dengan wasiat Allah!"
Lantas semua barang yang dirompak dipulangkan kesemuanya dan mereka bertaubat dengan sebab sebuah kejujuran. Inilah keindahan dan mahalnya harga sesebuah kejujuran!.
Masya'Allah...
adakah kita sampai di tahap seperti Syeikh??
Semua khalifah Allah adalah sama, cuma kita yang membezakannya...
Khamis, 21 Jun 2012
Kanak-kanak pun jujur
Seorang guru ingin menguji anak muridnya sama ada merka faham tentang konsep masuk syurga.
Guru itu mula bertanya kepada mereka: "Jika saya jual kereta dan sedekahkan semua wang jualan itu kepada masjid, adakah saya masuk syurga?"
"Tidak!" serentak anak muridnya menjawab.
"Jika saya kemas bilik saya supaya sentiasa bersih dan teratur, adkah saya akan masuk syurga?"
sekali lagi mereka mengatakan "tidak"!
Ketika itu, guru tersebut mula tersenyum. "Mereka benar2 faham" guru itu berbisik di hatinya.
Kemudia dia bertanya lagi: "Kalau saya hadiahkan gula2 yang banyak kepada kanak2 adakah saya akan masuk syurga?"
Sekali lagi mereka menjawab "Tidak!"
Kini guru tersebut mula berbangga dengan anak2 muridnya."Baiklah kalau begitu bagaimana saya nak masuk ke syurga?" Sambungnya lagi.
Seorang anak murid berumur 5 tahun menjawab:"Cikgu kena mati dulu!"
errrkkk???? tergamam guru tersebut seketika...
hehe
Kisah ketam dan pengajarannya
Tahukah anda satu perangai pelik haiwan yg bernama ketam? Apabila anda mletakkan ketam di didalam sebuah bakul, anda perlu menudung bakul berkenaan bagi mengelakkan ketam tersebut lari. Tetapi kalau anda tidak mahu menudung bakul berkenaan, ada satu alternatif mudah. Dengan meletakkan beberapa ekor ketam lagi ke dalam bakul tersebut, tiada seekor ketam pun akan lari. Mengapa terjadi sedemikian rupa??
satu perkara lucu tntang ketam apabila seekor ketam cuba untuk memanjat keluar daripada bakul berkenaan, ketam2 lain akan menarik ketam tersebut
![]() |
| Order From Mr. Crab |
apakah di sebalik pengajaran cerita ini??
[PENGAJAJARAN]
Pelajaran yang boleh diambil daripada kisah diatas adalah kawan2 yang negatif ibarat ketam2 lain yang menarik anda apabila anda bergerak untuk mengubah diri. Mereka mungkin akan merendah2 kan, menghina, menfitnah atau apa sahaja apabila anda berusaha kearah kejayaan...
SEMOGA KALIAN BERJAYA mengubah diri kalian ke arah kebaikan...
InsyaAllah Allah sentiasa bersama kita...
SUMBER: Petikan sbuah buku yang dikeluarkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd
Rabu, 13 Jun 2012
Kenal pasti rumah anda!!!
1-kadang-kadang terdengar bunyi guli jatuh di dalam rumah atau terdengar cakaran di syiling
2-terdengar sesuatu benda jatuh dari bumbung.dan kebiasaannya perkara ini berlaku pada waktu malam
3-bila masuk ke dalam rumah tidak rasa tenang dan apabila berada di luar rumah sebaliknya berlaku
4- keadaan rumah suram dan menyeramkan
5-terhidu bau bangkai atau sesuatu yang busuk dan tidak menjumpai puncanya
Tips Memagar Rumah
A.Bacaan
1. Baca Surah Yasin
2. Al-Fatihah,Ayat Kursi, Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq, Surah An-nas Sebanyak 7x
3. Surah Yasin ayat 9 = 21x
4. Surah al-a'raf ayat 17 = 21x
B. Bahan
1. Garam
2. Daun Pandan 14 Helai @ Limau Purut 14 Biji
3. Minyak Kasturi (Putih @ Hitam)
C. Kaedah
Pastikan rumah tersebut bebas daripada sebarang azimat, tangkal dan unsur-unsur yang mensyirikkan Allah
Sediakan 1 baldi air (mengikut keluasan dalaman rumah)
Campurkan garam,daun pandan 14 helai @ limau purut 14 biji dan minyak kasturi tadi
Masukkan air yang di campur tadi ke dalam botol semburan.
Buka pintu , tingkap dan almari
Pasang cd ruqyahsehingga selesai kemudian azan sekali di tengah rumah
Sembur di setiap ruang rumah ketika menyembur baca ayat kursi berulang-ulang sehingga selesai.

Sumber: Darul Ruqiyyah
Ahad, 10 Jun 2012
Far East-Menanti Di Barzakh(with lyric).HD.
Jom dgr lagu ni, baiki hati, jiwa, akhlak dan sbg..
alam kubur merupakan rumah untuk kita singgah sebelum ke alam akhirat....
PERHATIAN KEPADA SEMUA KAUM WANITA (PERMERKOSAAN VISUAL)
Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah (orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).
Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja. Saatnyalah kita untuk berhati-hati.
LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)
Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?. Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing :
Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin, dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah ! Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah "TEST KUKU JARI". Tidak perlu membayar. Mudah dilakukan, dan ini mungkin boleh menyelamatkan anda dari "PERKOSAAN VISUAL" !
Para wanita : Sila beri tahu teman-teman anda yang lain.
Para lelaki: Sila beri tahu isteri, anak perempuan atau Ibu anda.
Sebarkan pada MUSLIM yang lain jika kita sayangkan Sahabat Islam kita :)
Klik "SHARE" dan Jom DakwAH!!!
Hukum dan Sejarah Asal Usul Valentine's Day
Fenomena sebahagian remaja menjadikan Valentine’s Day sebagai perayaan paling diminati dan sangat-sangat ditunggu untuk diraikan bersama kekasih amat menggusarkan. Ia sebenarnya merupakan satu fenomena ajaib dan aneh kerana perayaan ini tidak pernah disisipkan secara rasmi di mana-mana kalender. Akan tetapi ia terus diingati dan diraikan saban tahun.
To be my Valentine?
Bagi mereka yang meraikan sambutan Valentine’s Day ungkapan ‘To be my Valentine’ sering bermain di bibir. Kebiasaannya ia diungkapkan oleh teruna kepada si dara dalam menzahirkan kecintaannya.
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang end typing
Menurut Ken Sweiger, perkataan “Valentine” berasal dari bahasa Latin yang mempunyai maksud “Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat, dan Yang Maha Kuasa”. Menurutnya lagi, kata ini sebenarnya digunakan pada zaman Rom Kuno ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Sedar atau tidak, menurut Sweiger, jika seseorang meminta orang lain atau pasangannya menjadi “To be my Valentine?”, maka dengan hal itu sesungguhnya ia telah secara terang melakukan suatu perbuatan yang bercanggah dengan aqidah dan dimurkai Allah. Ini karena ia telah meminta seseorang menjadi “Sang Maha Kuasa” dan hal ini sama dengan usaha menghidupkan kembali budaya pemujaan berhala.
Mengapa Mawar Merah?
Selain ucapan ‘To be my Valentine’ pemberian jambangan mawar merah oleh si teruna kepada si dara juga sering menjadi amalan pada Valentine’s Day. Ia dianggap satu simbol dalam menzahirkan kasih sayang ‘hakiki’. Sebenarnya perbuatan ini merupakan amalan kebudayaan Eropah dengan diselitkan kepercayaan aneh dan karut. Menurut satu mitos Rom kuno, mawar merah merupakan bunga kegemaran Venus, si dewi cinta. Dewi itu amat sinonim dengan memperingati kekasih. Ia tidak ada kaitan dengan Islam dan hanya mengikut ‘teladan’ mitos karut.
Amalan memberi bunga mawar merah ini sebenarnya mula dipopularkan pada tahun 1970an. Ia berlaku selepas Raja Charles II mengarang buku yang bertajuk The Languange of Flowers, yang menguraikan tentang amalan kebiasaan bangsa Persia yang mengungkapkan perasaan melalui bunga. Sejak itu pemberian mawar merah terutama pada saat Valentine’s Day amat popular. Tanpa mengetahui sebabnya ia terus menjadi amalan.
Hukum Menyambut Valentine’s Day
Sebenarnya, majoriti tokoh agama telah menyatakan bahawa menyambut atau meraikan Sambutan Hari Valentine ini adalah bertentangan dengan Syarak. Menurut Panel Kajian Aqidah (PKA) dan Panel Kajian Syariah (PKS) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia amalan ini adalah haram dan bertentangan dengan ajaran Islam.”
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Valentine tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Valentine tidak digalakkan oleh agama Islam.
Pengharaman dan larangan ini bukanlah kerana ingin menghalang keseronokan atau dengki di atas aktiviti trend baru zaman moden ini. Tetapi ianya berlandaskan kepada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran dan As-Sunnah yang menjadi panduan seantero umat manusia bagi mengecapi keindahan hidup di dunia dan diakhirat.
Sejarah Valentine’s Day
Menurut Rizki Ridyasmara di dalam bukunya, Valentine Day, Natal, Happy New Year, April Mop, Hallowen: So What?, para sejarawan masih tidak mempunyai kata sepakat berkenaan peristiwa apa sebenarnya menjadikan Hari Valentine terus diperingat. Tetapi daripada beberapa sumber sejarah terdapat empat (4) versi pendapat yang amat popular berkaitan dengannya.
Pendapat Pertama
Pendapat pertama mengaitkan Sambutan Hari Valentine dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13 hingga 18 Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta (Queen of Feverish Love) bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari itu mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih dua pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan diadakan perarakan besar-besaran yang diketuai dua pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka. Semasa agama Kristian menguasai Rom, mereka mengadaptasikan upacara paganism ini dan mewarnainya dengan nuansa Kristian. Mereka menggantikan nama-nama gadis dengan nama-nama Paus atau Pastor. Antara pendukungnya adalah Raja Konstantine dan Paus Gregory I.
Pendapat Kedua
Pendapat kedua pula mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat dua (2) kisah berkaitan dengan St. Valentine ini.
Versi pertama menyatakan bahawa pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi, hidup dengan penuh mitos dan lagenda amat memusuhi penganut agama Kristian. Para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap tegar mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.
Versi kedua pula menyatakan bahawa Claudius II, yang berhadapan dengan peperangan beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu, Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian, St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda Rom secara rahsia. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.
Pendapat Ketiga
Ia dirayakan bersempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol dimana St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam itu. Disebabkan sumbangan itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Pendapat Keempat
Berdasarkan apa yang dinukilkan oleh Geoffrey Chaucer, seorang penyair Inggris di dalam puisinya. Sambutan Hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawannya pada 14 Februari.
Berdasarkan kepada versi-versi tersebut, ianya amat jelas tiada hubungan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung dengan budaya kita mahupun agama bagi umat Islam. Malahan ianya amat terang lagi tersuluh mempunyai kaitan dalam memperlekehkan aqidah Islam dan orang Islam sendiri.
Kebejatan Acara Valentine’s Day
Sebenarnya bukan sekadar apa yang tersirat di sebalik amalan dan kepercayaan berkenaan Sambutan Hari Valentine ini sahaja amat keji dan perlu dihindari. Tetapi acara-acara jelek dan tidak boleh diterima oleh budaya manusia bertamadun, menjadikan ianya perlu ditolak dan dipadamkan dari takwim perayaan manusia madani dan memiliki pegangan aqidah yang suci.
Lihatlah bagaimana saban tahun kebelakangan ini, media-media mendedahkan pelbagai acara dianjurkan bagi mengamatkan Sambutan Hari Valentine, khususnya kepada kalangan muda mudi. Ianya dicatur berpaksikan kepada menzahirkan perasaan kasih dan sayang kepada pasangan masing-masing. Amat jijik dan jelek sekiranya difikirkan dengan akal pemikiran yang waras. Bagaimanakah seorang kekasih boleh menyerahkan dan melakukan apa sahaja untuk kekasihnya tanpa ada sebarang ikatan demi membuktikan perjanjian cinta?
Akan tetapi, apa yang amat mendukacitakan, acara tidak bertamadun dan tidak bermata dalam menilai kehormatan sesama insan itu tetap mendapat sambutan. Ia sukar dibendung. Jauh sekali untuk dibersihkan sepenuhnya. Kesedaran pemikiran yang waras tercabut dengan hayalan dan dongengan dek janji indahnya kasih sayang tanpa ada suluhan kebenaran yang hak.
Berdasarkan kepada apa yang telah terjadi, sebenarnya Hari yang bertemakan kepada menyanjungi dan mengagungi kasih sayang di kalangan para kekasih menjadi hari permulaan bermulanya bencana dan kehancuran. Sememangnya pada Valentine's Day akan muncul si Romeo dan si Juliet yang mampu mengungkapkan bait-bait puisi seindah puisi William Shakespeare. Tidak kurang pula juga mereka yang sehebat si Laila dan si Majnun dalam bergelumang memperjuangkan kesetiaan cinta dengan bibir mengalunkan kata-kata puitis seindah puisi Jamaludin Rumi. Itu semua hanya seketika dek karamnya mereka di dalam bahtera gelojak nafsu tanpa nakhoda keimanan. Keindahan detik ‘syurga’ ciptaan penuh tipu daya hanya wujud pada hari itu sahaja. Ia akan ghaib entah ke mana setelah berakhirnya Valentine’s Day.
Penderitaan, kekecewaan dan penyesalan akan menyelusuri. Ia akan menggantikan nikmat yang tidak seberapa. Si Romeo yang menjanjikan seribu kesetiaan menjadi halimunan bersama janjinya. Si Majnun yang menaburkan selangit pengorbanan demi kasih, cinta dan setia bisu dan ghaib entah kemana. Ia sudah terlambat untuk diatasi. Nasi sudah menjadi bubur. Cempedak sudah menjadi nangka. Kekesalan sudah tiada gunanya.
Islam Ada Cara
Islam sebagai agama fitrah dan sempurna, sentiasa menganjurkan kasih sayang sesama kekasih. Ini dapat dilihat melalui apa yang diungkapkan di dalam Kitab Al-Quran dan dijelmakan oleh Rasulullah s.a.w. bongkarlah khazanah yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w itu bagi mencarinya.
Menzahirkan kasih sayang kepada kekasih perlulah ada batasan selaras dengan fitrah manusia. Kasih sayang diantara dua jantina berbeza tidak boleh hanya dengan janji manis di bibir. Tetapi ia perlu diikat dengan satu ikatan akad yang mampu menyimpul ikatan kukuh bagi menjamin zuriat, akhlak dan peribadi. Ikatan itu dinamakan sebagai perkahwinan.
Ia bukan bertujuan menyusahkan hubungan sesama manusia. Akan tetapi, ia hanya bermatlamatkan menjadikan masyarakat yang stabil, aman dan harmoni. Keindahan dalam menzahirkan kasih sayang itulah yang dianjurkan oleh Islam dan perlulah disemai dan dibajai setiap hari tanpa perlu menunggu detik satu hari dalam setahun.
Penutup
Bagi menyelamatkan agamadan ummah dari terus musnah akibat impak amalan-amalan bertentangan dengan aqidah dan syariah sempena Valentine’s Day ini perlulah disemaikan dalam setiap minda kita mewar-warkan larangan Sambutan Valentine’s Day dari terus diraikan oleh umat Islam khususnya di Negara kita. Wujudkanlah perasaan anti Valentine’s Day di dada dan minda, hadirkanlah rasa benci dan tidak akan meraikannya melalui penyertaan aktiviti-aktiviti yang menyalahi aqidah, syarak dan tamadun manusia.
Sabtu, 9 Jun 2012
Teguran Sayang, Bukan Nak Menyibuk
seharusnya bersyukurlah apabila kamu ditegur oleh seseorang..usahlah kamu marah mereka yang menegurmu, kerana orang yang menegur itu menyayangimu sebagai seorang saudara se Islam dan ada rasa tanggungjawab terhadap dirinya, terimalah teguran itu dengan hati yang terbuka..apabila ditegur, barulah kalian tahu apa sebenarnya perkara yang kurang dalam kamu, jadikn teguran itu sebagai pengajaran pada diri kamu dan untuk petunjuk pada diri supaya menjadi seorang yang berperibadi pekerti mulia...insyaALLAH kita boleh...
Masa Minum Air Yang Betul dan Memberi Impak Yang Besar Pada Tubuh Badan
1) 2 gelas air setelah bangun daripada tidur
membantu menggiatkan organ dalaman pada tubuh badan
2) 1 gelas air 30 minit sebelum makan
membantu penghadaman
3) 1 gelas air sebelum mandi
membantu menurunkan tekanan darah
4 1 gelas air sebelum tidur
mengelakkan serangan angin ahmar atau serangan jantung
Badan kehilangan air melalui:
Pernafasan (1 gelas air – 14 peratus)
Air kencing (5 1/2 gelas air atau 50 peratus)
Peluh ( 2 gelas air – 34 peratus)
Najis (1/2 gelas air – dua peratus)
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan hingga 10 gelas atau kira-kira dua liter air sehari
Jumaat, 8 Jun 2012
Rabu, 6 Jun 2012
Selasa, 5 Jun 2012
Ayah Dan Ibu
Ayah dan ibu
di saat ibu dan ayahmu tertidur nyenyak, cuba pandang dye dalam2,
perngorbanan yang mereka telah lakukan untukmu dari waktu kecil hinggalah kamu berdikari. Disaat kamu kecil pelbagai benda kamu minta drpd ibu bapa mu, tanpa bantahan mereka menuruti kehendakmu...skrang ni apa pngorbanan mu kepada ibu bpa mu, sudahkah kamu melakukan apa yg mereka kehendaki drpd kamu, terdetik di hati mereka hnya mnginginkan kamu mnjadi insan yg berpelajaran n berjaya dalam hidup. Sekarang ini x pelah mereka masih ada lagi, sekiranya mereka sudah tiada lagi siapa yg akan menanggung hidup kamu. Disaat mereka mencari rezeki untuk kamu n keluarga kamu, di fikiran mereka hanya mmikirkan untuk memberi kesenangan hidup kepada kamu tanpa mereka menghiraukan pada diri mereka. Cuba kamu fikir mereka tidak mampu lg untuk mengesat air mata mereka, sudahkah kamu membahagiakan mereka?. Wahai kawan2 ku sekalian sedarlah drpd khayalan, di kesempatan mereka masih ada lah kamu boleh membalas jasa mereka. Bila mereka dah meninngal nanti doa anak yg soleh mnjadi hadiah yg amat bernilai kpd ibu n ayahmu.
disini bukan sy nak doakan spya mereka mninggal awal, cuma nak sedarkan n sling berpesan antara kita. Mohon maaf sekiranya terdapat kesalahan drpd kata2 sy.

Sekadar renungan untuk kita bersama, Terutamanya golongan perempuan
sekadar renungan dan peringatan kpd kaum hawa....
Soalan:
Ustaz, saya ni TAK BERTUDUNG. Ada orang tanya, bila nak pakai tudung? Saya kata saya tak nak pakai kalau TAK IKHLAS. Apa pandangan ustaz?
Ustaz Azhar Idrus:
... Bertudunglah walau TERPAKSA. Solatlah walau TERPAKSA. Puasalah walau TERPAKSA. Kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya.
Kalau nak tunggu ikhlas, sampai bila nak tunggu baru nak beribadah?
Hidayah perlu dicari, bukan tunggu. Macam makanan, kalau tak suap, ia tak masuk ke dalam mulut
renung2 kan....
Renungan sejenak
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
Segala puji bgmu ya Allah yg pertama tnpa ad yg mngawalnya yg terakhir tnpa ad yg mnghampirinya, yang x terlihat
oleh pndngan orang yg mmandangnya yg x tergmbrkan oleh bnyangan org yg mmbyangknnya engkau cptakan mkhluk dgn kkuasaanmu
engkau ciptakan sgla sesuatu dgn khendak mu, sgala puji ya Allah yg mmberikan kmi kmampuan untuk mensyukuri
nikmat mu yg mmbuka bg kmi pintu2 ilmu keilahianmu, sgla puji ya Allah dan segenap pujian yg dikumandangkan para
malaikat dan para makhluk yg dimuliakan sgla puji bagi mu atas nkmat yg engkau brikan kpd kmi hamba2 mu yg telah
mendahului mhupun yg akn dtg kmudian, pujian kmi aturkan kpada kamu sbgai pnghubung untuk mentaati dan meminta keampunan
sebgai pnyebab memperoleh redha penghantar jalan mnuju syurga segala puji bgi mu ya Allah kau ciptakan kmi
sbgai hambamu dn sebgai umat nbi Muhammad kekasihmu...
subhanallah.....
smga kita smua mnjadi khalifah yg mentaati sruhan-Nya
dan kita doakan agar amalan kita diterima oleh-Nya.....
aminn ya rabbal alamin....
Kiamat menurut Agama Islam
Untuk Orang Islam !
Kiamat menurut Agama Islam
- Kemunculan Imam Mahdi
- Kemunculan Dajjal
- Turunnya Nabi Isa (AS)
- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj
- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
- Pintu pengampunan akan ditutup
- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,
- Pemusnahan Kabah,
- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,
- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
(sohih)
AWAS! JANGAN DEKATI ZINA!
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)
Penjelasan makna ayat
وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا
Dan janganlah kalian mendekati zina.
Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata tentang ayat ini: “Allah subhanahu wata’ala berfirman dalam rangka melarang hamba-hamba-Nya dari perbuatan zina dan larangan mendekatinya, yaitu larangan mendekati sebab-sebab dan pendorong-pendorongnya.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)
Asy-Syaikh As-Sa’di rahimahullah menjelaskan tentang ayat ini di dalam tafsirnya, “Larangan mendekati zina lebih mengena ketimbang larangan melakukan perbuatan zina, karena larangan mendekati zina mencakup larangan terhadap semua perkara yang dapat mengantarkan kepada perbuatan tersebut. Barangsiapa yang mendekati daerah larangan, ia dikhawatirkan akan terjerumus kepadanya, terlebih lagi dalam masalah zina yang kebanyakan hawa nafsu sangat kuat dorongannya untuk melakukan zina.” (Lihat Taisir Al-Karim Ar-Rahman, hal.457)
إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً
Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan keji.
Al-Imam Ibnu Katsir rahimahullah berkata, “Maksudnya adalah dosa yang sangat besar.” (Lihat Tafsir Ibnu Katsir, 5/55)
Isnin, 4 Jun 2012
TENTANG SAHABAT
Tip memilih sahabat mnurut pandangan ulama'
1)Apabila melihatnya, mengingatkan kita kepada Allah.
2)Apabila dia berkata-kata, bicaranya mengingatkan kita kepada akhirat.
3)Apabila melihat amalan perbuatannya, meningatkan kita kepada kematian...
sumber buku Gen-Q(Manual Remaja Bertakwa) isu no 7 m/s 90..
Lihatlah sejarah Baginda Rasulullah,
Sabar menempuh ranjau berduri,
Teguh menyebar hikmah dan dakwah,
Hingga Islam megah berdiri.
Dilontar najis dan batu bahaya,
Dibalas senyuman dan manis sabar,
Teladan terbaik di atas dunia,
Hingga musuh gerun dan gentar.
Jika tidak kerana sabar,
Berundurlah Baginda menyerah kalah,
Bertahan mereka kibarkan syiar,
Berjuang hingga terpecik darah.
Rabu, 21 Mac 2012
Peringatan dan pengajaran buat kita
Pada suatu malam, seorang lelaki telah bermimpi berjumpa dengan hamba Allah yang sudah meninggal dunia...
dalam mimpi lelaki ini, lelaki ini bertanya bgaimana keadaannya?
lalu hamba Allah ini menjawab bahawasanya dia baru shaja selesai menjawab 1 soalan mengenai kehidupannya didunia...
lelaki ini bertanya apa perbuatan mu?
hamba Allah ini menjwab bahawa pada suatu hari dia menghadiri satu majlis kenduri, lalu dihidangkannya satu hidangan yang mengandungi semangkuk gulai daging...setelah selesai menikmati hidangan itu, lalu lelaki ini pulang kerumah...
semasa perjalanannya hamba Allah ini tidak sengaja mematahkan sdkit ranting untuk mencungkil cebisan daging yang terlekat pada giginya.....
disebabkan perbuatan yang dilakukan oleh hamba Allah ini, bertahun2 lamanya beliau disoal jawab.....
Dpt kita simpulkan bahawa mengambil hak org lain tnpa memhon kebenaran adalah stu perbuatan yang slah dan berdosa...yang tu tnpa niat, kalau dengan niat x thu la mcm mne....waAllahhuaalam bisowabb....
SUMBER: sedikit intipati kuliah maghrib masjid wakaf bharu, 16250 wakaf bharu kelantan.
Isnin, 19 Mac 2012
Pemberitahuan Tentang Format Baru STPM Sistem Modular)
Bermula pengambilan Tingkatan 6 Bawah sesi 2012/2013; Sistem Baharu STPM iaitu Sistem Modular akan diperkenalkan. Majlis Jemaah Menteri (MJM) telah meluluskan pelaksanaan ini pada 4/Januari/2012.
Pelajar Tingkatan 6 bawah tahun 2012 merupakan kohot pertama sistem pentaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan Tingkatan Enam pada November 2012 dan juga buat pertama kalinya akan melaksanakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).
Makluman berhubung dengan aspek kandungan pengajian, sistem pentaksiran baharu STPM dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan kelompok tajuk atau mengikut kesesuaian bidang disiplin berkenaan untuk mengisi tiga penggal iaitu penggal 1, penggal 2 dan penggal 3 dalam tempoh pengajian selama satu tahun setengah!
Sinar Harian_Nasional
Modular sistem baru STPM
Oleh: NURUL HUDA HUSAIN
Tarikh: March 9, 2012
KUALA TERENGGANU – Mulai tahun ini, sistem peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) akan diubah kepada sistem baru iaitu modular, bagi menggantikan sistem terminal yang diguna pakai sebelum ini.Tarikh: March 9, 2012
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Fuad Zarkashi berkata, dalam sistem yang baru diperkenalkan bagi sesi 2011-2013 itu, pelajar tidak perlu lagi mengambil peperiksaan itu pada akhir tahun, tetapi akan ambil peperiksaan pada setiap penggal.
“Mulai Jun tahun ini, STPM akan menggunakan sistem modular bagi menggantikan sistem terminal, di mana pelajar akan mengambil peperiksaan di setiap tiga penggal persekolahan dan keputusan itu digabungkan dalam ketiga-tiga penggal berkenaan.
“Malah, dalam sistem baru ini juga pelajar turut diberi peluang untuk mengulang mata pelajaran yang tidak memuaskan, namun syarat itu hanya membenarkan pelajar me ngu lang dalam penggal terakhir sahaja,” katanya.
Beliau berkata demikian sebaik selesai merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke-26 Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tok Jiring, di sini, semalam.
Justeru Mohd Fuad berharap, dengan adanya sistem baru yang diperkenalkan itu bakal menarik lebih ramai pelajar untuk memasuki tingkatan enam, di mana sebelum ini kebanyakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) lebih memilih untuk memasuki kolej matrikulasi dan kolej swasta.
“Cabaran yang kita hadapi hari ini adalah kebanyakan pelajar lebih suka masuk ke kolej swasta di mana banyak punca seperti tawaran pinjaman pelajar, pemberian komputer riba percuma sebaik mendaftar serta ingin cepat mendapat diploma, seterusnya cepat boleh bekerja.
“Namun, kita harap dengan adanya sistem modular yang diperkenalkan ini mampu menarik lebih ramai pelajar memasuki tingkatan enam kerana sistem yang digunakan adalah sama seperti di universiti,” katanya.
Bagaimanapun katanya, sukatan pembelajaran dan kurikulum tetap sama dan yang berubah adalah sistem peperiksaan sahaja.
Jumaat, 16 Mac 2012
TERSILAP BAGI SEDEKAH
Maksud Hadis
Iman Bukhari telah meriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Seorang lelaki telah berkata bahawa aku akan bersedekah dengan suatu sedekah maka dia telah keluar bersama apa yang (mahu) disedekahkan. Maka dia telah memberi apa yang disedekahkan itu kepada tangan pencuri. Maka keesokan harinya mereka ( penduduk) telah bercakap-cakap bahawa dia telah memberi sedekah kepada pencuri.
Dia telah berkata : Wahai Tuhanku! Bagi Engkaulah segala pujian itu maka aku akan bersedekah dengan suatu sedekah. Maka dia keluar bersama apa yang (mahu) disedekahkan. Dia telah memberi sedekahnya kepada tangan pelacur. Keesokan pagi mereka(penduduk) bercakap-cakap bahawa dia telah memberi sedekah pada malam tadi kepada pelacur. Maka dia mengucapkan : Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian..(aku telah terbahagi sedekah)ke atas pelacur!. Maka aku akan bersedekah dengan suatu sedekah.
Dia telah keluar bersama apa (yang mahu) disedekahnya maka dia telah memberi kepada tangan si kaya. Keesokan pagi mereka(penduduk) bercakap-cakap tentang dia telah memberi sedekah kepada si kaya.Lalu dia mengucap : Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu.(aku telah terbahagi sedekah) kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya. Dia telah didatangkan (pemberituan dalam mimpi) maka diberitahu kepadanya : Ada pun sedekah engkau kepada pencuri semoga dia akan berhenti(insaf) daripada mencuri, ada pun pelacur semoga dia akan berhenti daripada berzina dan ada pun si kaya semoga dia akan mengambil pengajaran maka dia akan memberi nafkah daripada apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepadanya..
Ringkasan Kisah
Dalam hadis tersebut Rasulullah s.a.w telah menceritakan kepada kita bagaimana ada seorang lelaki yang soleh di mana dia ingin memberi sedekah kepada mereka yang memerlukannya. Memanglah bagi mereka yang telah subur dalam diri mereka kemanisan iman dan juga sentiasa beramal soleh sentiasa memikirkan bagaimana mahu menambahkan amal kebajikan bagi mengejar keredhaan Allah. Lelaki ini merupakan salah seorang daripadanya di mana telah timbul dalam hatinya untuk bersedekah.Lelaki ini mahu bersedekah dalam keadaan sembunyi di mana tidak siapa pun akan mengetahuinya melainkan Allah. Ini adalah kerana hanya sedekah secara sembunyi sahaja mampu memadamkan api kemurkaan Allah dan sedekah secara sembunyi juga merupakan selebih-lebih sedekah berbanding sedekah secara terang-terangan.
Pada suatu malam lelaki ini telah keluar bertujuan untuk memberi sedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seseorang yang mana pada anggapannya dia merupakan seorang yang miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pencuri. Pada keesokan harinya pencuri itu menceritakan kepada oarng ramai bahwa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pencuri. Akhirnya berita mengenai sedekahnya telah terbahagi kepada seorang pencuri telah sampai ke telinganya sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa kecewa dan sedih lalu mengucap : Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pencuri.
Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana pada perkiraannya sedekah yang tersalah bahagi kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah. Pada malam yang kedua dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang perempuan yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang pelacur.Pada keesokan harinya pelacur itu menceritakan kepada oarng ramai bahwa ada seorang lelaki yang tidak dikenalinya telah memberi sedekah kepadanya. Mendengar cerita itu menyebabkan keadaan menjadi gempar di mana masing-masing menceritakan bagaimana ada seorang lelaki telah memberi sedekah kepada seorang pelacur. Akhirnya berita mengenai sedekahnya telah terbahagi kepada seorang pelacur telah sampai ke telinga lelaki tadi sedangkan ketika dia memberikan sedekahnya itu dia menganggap bahawa orang itu miskin. Mendengar berita itu menyebabkan lelaki itu merasa bertambah kecewa dan sedih lalu mengucap : Wahai Tuhanku! Segala pujian untukMu. Aku telah terbahagi sedekahku kepada pelacur.
Dia berazam untuk melakukan sedekah seterusnya kerana pada perkiraannya sedekah yang tersalah bahagi kepada pencuri itu menjadi suatu perkara sia-sia dan tidak akan dinilai oleh Allah.Dia cuba bersedekah kepada mereka yang miskin bukannya sebagaimana apa yang berlaku padanya sebelum yang mana terbahagi sedekah kepada pencuri dan pelacur. Dia berbuat perkara ini semata-mata mencari keredhaan Allah. Pada malam yang ketiga dia keluar dari rumahnya bertujuan untuk bersedekah dan dia telah memberi sedekahnya itu kepada seorang lelaki yang dianggap miskin sedangkan pada hakikatnya dia merupakan seorang kaya. Apabila dia mengetahui perkara sebenar tentang dia tersalah bahagi buat kali ketiganya di mana kali ini tersilap bahagi sedekahnya kepada si kaya maka bertambah sedihnya lelaki ini sehingga dia mengucapkan: Wahai Tuhanku! bagi Engkau segala pujian itu.Aku telah tersilap bahagi sedekah kepada pencuri, pelacur dan juga si kaya.
Lelaki ini tidak tahu bagaimana Allah tetap mengirakan segala amalan sedekahnya walau pun dia merasakan bahawa sedekahnya yang silap dibahagi kepada merekia yang bukan selayaknya telah ditolak oleh Allah. Akhirnya melalui pemberitahuan dalam mimpinya maka dia dapat tahu bahawa sedekahnya telah dibalaskan oleh Allah dengan pahala yang setimpal dengan amalannya itu.Allah juga memberitahunya bagaimana setiap sedekahnya telah membawa hikmat tersendiri kepada perkara ke arah positif iaitu pencuri akan berhenti daripada mencuri, pelacur akan bertaubat daripada berzina dan si kaya akan turut bersedekah dengan harta yang dianugerahkan kepadanya oleh Allah.
Pengajaran Kisah
1. Wujudnya dalam umat sebelum kita orang soleh yang mengerjakan amalan kebajikan seperti sedekah kerana mencari keredhaan Allah di mana mereka bersedekah secara sembunyi pada waktu malam agar tidak diketahui oleh orang ramai.
2. Kadang-kadang sesuatu amalan yang kita anggap tidak diterima oleh Allah sedangkan pada hakikatnya Allah akan memberi ganjara setimpal dengan apa yang dilakukan sebagaimana apa yang berlaku kepada lelaki ini. Dia menyangka bahawa sedekahnya yang tersilap dibahagi itu tidak diterima oleh Allah sedangkan Allah telah menerima ia sebagai amalan kebajikan.
3. Kita mesti redha dengan qada' dan qadar Allah ke atas apa yang berlaku dan jangan cuba mengingkarinya.
4. Rukya Sodiqah atau pun penglihatan benar (melalui mimpi contohnya) merupakan salah satu daripada pemberitahuan dan ia juga merupakan satu juzu' daripada 46 juzu' daripada kenabian. Penglihatan lelaki ini dalam mimpinya merupakan pemberitahuan daripada Allah tentang penerimaan segala amalannya walau pun sebelum ini dia menyangka bahawa segala sedekahnya tidak diterima oleh Allah kerana tersilap bahagi.
Biografi:
1. Sohih Qisos an-Nabawi, D. Umar Sulaiman Abdullah al-Ashqar, Darul an-Nafais

Rabu, 14 Mac 2012
Isnin, 12 Mac 2012
Perubatan Islam
PEDINGDING DIRI
وَحِفْظًا مِّن كُلِّ شَيْطَانٍ مَّارِدٍ ﴿٧﴾
(7) Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka; (SURAH AS-SAFFAT AYAT 7)
MENGUBATI HISTERIA
Tangan Kanan Digenggam Dan Bacalah
“Bismillahhirrahmanirrahim Bismillah… Masya’allah” Dan Tiup Ke Genggaman Tangan Kanan Dengan Tiupan Perlahan, Tepuk Tangan Kanan Di Belakang Tulang Tengah Belakang. Sebelum Itu Bacalah Pedingding Diri
AYAT UNTUK MERAWAT KESUSAHAN TIDUR MALAM
فَضَرَبْنَا عَلَىٰ آذَانِهِمْ فِي الْكَهْفِ سِنِينَ عَدَدًا ﴿١١﴾
(11) Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya. (SURAH AL-ISRA AYAT 11)
Langgan:
Catatan (Atom)
INFO: CARA BUNUH NYAMUK. Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.
Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong botol plastik ditengah-t...
-
Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak? 1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin. Wanita yang me...
-
Asap dari rokok yang dibakar dan dihisap perokok, mengandung beberapa bahan kimia 1. Nikotin. Menurut Sue Amstrong nikotin merupaka...
-
> Saya – Wo > Awak – Ni > Mereka – Tamen > Kami – Women > Selamat pagi – Zao an > Selamat tengah hari – Xiawu hao ...