Halaman

Sabtu, 23 Jun 2012

Al-Quran penawar hati


Bersahabat dengan al-Quran
Al-Quran,
Mukjizat dan peratusan agung daripada Allah,
Kalimah Allah yang tiada dusta,
Terkandung segala peraturan dan tuntutan hidup sebagai hamba,
Lengkap untuk dijadikan panduan dan pedoman.

Membacanya merupakan suatu ibadah,
Pengubat hati yang resah dan gundah,
Menjadikan akal tajam dan pintar,
Pemberi syafaat kepada penciptanya yang setia.

Rasulullah menjadikan al-Quran sebagai pendamping,
Kalimahnya terpahat utuh di hati Baginda,
Dirinya sering merindui al-Quran,
Sehingga berpesan kepada umatnya bacalah al-Quran setiap hari.

Indahnya bacaanmu,
Sehingga mengalir daripadanya air mata keinsafan,
Dialunkan dengan tenang dan perlahan,
Satu persatu mengisi kamar hati,
Meresap dan membekas di hati Nabi.
Ayuh bersama jadikan al-Quran pakaian peribadi,
Perbaiki bacaannya sertahayati pengajarannya,
Sesungguhnya tiada masa untuk masa kita leka,
Jika masa kita dipenuhi untuk mengutip khazanahnya.

Mahalnya sebuah kejujuran.



Ternukil kisah Syeikh Abdul Qadir al-Jailani sewaktu beliau masih kecil. Kisah ini berlaku antara beliau dengan perompak. Beliau menceritakan pada suatu hari beliau berangkat dari Mekah menuju Baghdad untuk menuntut ilmu.
Ibunya memberi bekal sebanyak 40 dinar dan berpesan untuk bersikap jujur.
Ketika sampai di daerah Hamadan, kumpulan musafirnya diserang sekEmlompok bangsa Arab dan merampas kafilah. Lalu salah seorang daripada mereka bertanya:
"Apa yang kamu bawa?" beliau menjawab: "40 dinar".
Orang tersebut menyangka diperolok-olokkan, lalu membiarkan dirinyan. Mereka yang turut melihat mula merapati  dan bertanya: "Apa yang kamu bawa?" beliau menjawab: "40 dinar." Lalu perompak itu menangkap dan mengheret beliau kepada ketua mereka.
Pemimpin tersebut bertanya :"Apa yang kamu bawa?" Syeikh menjawab: "40 dinar." Ia bertanya lagi: "Apa yang membuat kami jujur seperti ini?". Syeikh menjawab ibunya berpesan untuk berbuat JUJUR dan beliau takut mengkhianati pesan ibunya. Kemudian ketua perompak terebut menangis dan berkata: "Kamu wahai anak kecil takut mengkhianati pesan ibumu, sedangkan aku tidak takut dengan wasiat Allah!"

Lantas semua barang yang dirompak dipulangkan kesemuanya dan mereka bertaubat dengan sebab sebuah kejujuran. Inilah keindahan dan mahalnya harga sesebuah kejujuran!.
Masya'Allah...
adakah kita sampai di tahap seperti Syeikh??
Semua khalifah Allah adalah sama, cuma kita yang membezakannya...

Khamis, 21 Jun 2012

Kanak-kanak pun jujur



Seorang guru ingin menguji anak muridnya sama ada merka faham tentang konsep masuk syurga.
Guru itu mula bertanya kepada mereka: "Jika saya jual kereta dan sedekahkan semua wang jualan itu kepada masjid, adakah saya masuk syurga?"
"Tidak!" serentak anak muridnya menjawab.
"Jika saya kemas bilik saya supaya sentiasa bersih dan teratur, adkah saya akan masuk syurga?"
sekali lagi mereka mengatakan "tidak"!
Ketika itu, guru tersebut mula tersenyum. "Mereka benar2 faham" guru itu berbisik di hatinya.
Kemudia dia bertanya lagi: "Kalau saya hadiahkan gula2 yang banyak kepada kanak2 adakah saya akan masuk syurga?"
Sekali lagi mereka menjawab "Tidak!"
Kini guru tersebut mula berbangga dengan anak2 muridnya."Baiklah kalau begitu bagaimana saya nak masuk ke syurga?" Sambungnya lagi.
Seorang anak murid berumur 5 tahun menjawab:"Cikgu kena mati dulu!"

errrkkk???? tergamam guru tersebut seketika...
hehe 


Kisah ketam dan pengajarannya



Tahukah anda satu perangai pelik haiwan yg bernama ketam? Apabila anda mletakkan ketam di didalam sebuah bakul, anda perlu menudung bakul berkenaan bagi mengelakkan ketam tersebut lari. Tetapi kalau anda tidak mahu menudung bakul berkenaan, ada satu alternatif mudah. Dengan meletakkan beberapa ekor ketam lagi ke dalam bakul tersebut, tiada seekor ketam pun akan lari. Mengapa terjadi sedemikian rupa??

satu perkara lucu tntang ketam apabila seekor ketam cuba untuk memanjat keluar daripada bakul berkenaan, ketam2 lain akan menarik ketam tersebut
Order From Mr. Crab
jatuh kembali kebawah. Pada akhirnya, walaupun bakul berkenaan tidak bertutup, tiada seekor ketam pun berjaya keluar.

apakah di sebalik pengajaran cerita ini??
[PENGAJAJARAN]
Pelajaran yang boleh diambil daripada kisah diatas adalah kawan2 yang negatif ibarat ketam2 lain yang menarik anda apabila anda bergerak untuk mengubah diri. Mereka mungkin akan merendah2 kan, menghina, menfitnah atau apa sahaja apabila anda berusaha kearah kejayaan...

SEMOGA KALIAN BERJAYA mengubah diri kalian ke arah kebaikan...
InsyaAllah Allah sentiasa bersama kita...

SUMBER: Petikan sbuah buku yang dikeluarkan oleh Telaga Biru Sdn Bhd

INFO: CARA BUNUH NYAMUK. Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong botol plastik ditengah-t...