Halaman

Ahad, 23 Januari 2011

Karangan Isu Remaja

NAMA: TING:
SRATEGI MENJAWAB KARANGAN – ISU REMAJA
Jika soalan berkenaan:
1. Masalah sosial/ jenayah dalam kalangan
remaja.
2. Vandalisme.
3. Penyalahgunaan dadah.
4. Pengaruh budaya kuning/Barat .
5. Buli.
6. Lari dari rumah.
7. Lepak.
8. Mencuri/merompak/Samun
9. Ragut
10. Jenayah seks//rogol/sumbang mahram
11. Seks rambang/pergaulan
bebas/bohsia/bohjan/homoseksual.
12. Keruntuhan akhlak.
13. Merokok.
14. Lumba haram/ “Mat Rempit”
15. Gengsterisme.
16. Ponteng sekolah.
17. Pembuangan bayi
ISI – ISI PENTING SECARA UMUM
PUNCA/FAKTOR/SEBAB :
1. Institusi kekeluargaan yang goyah .
 Hubungan kekeluargaan yang longgar – akibat ibu bapa terlalu sibuk/mementingkan kerjaya hingga mengabaikan
anak-anak –“ anak diriba diletakkan, kera di hutan disusui “– tidak menyediakan ruang untuk bermesra dengan
anak-anak – anak-anak kurang kasih sayang akan memberontak.
 Ibu bapa menunjukkan contoh teladan yang negatif – pergaduhan suami isteri di hadapan anak -anak/kerap
bergaduh /penderaan – emosi anak-anak terganggu – mencari ketenangan di luar rumah – berkenalan dengan
remaja liar – akhirnya melakukan jenayah.
 Ibu bapa yang terlalu mengongkong –keluarga yang mengamalkan sikap terlalu tertutup dan menetapkan suatu
undang-undang atau peraturan yang perlu diikuti oleh setiap ahli keluarga tanpa kompromi – remaja rasa tertekan
– jiwa remaja memberontak – jika berpeluang keluar daripada keadaan itu - mereka akan melakukan apa-apa
sahaja yang terlintas di fikiran tanpa berfikir panjang – menggunakan jalan pintas menyelesaikan masalah – lari
dari rumah/penyalahgunaan dadah/merokok
 Keluarga yang terlalu memberikan kebebasan ini biasanya bersikap terbuka yang keterlaluan – tiada suatu
peraturan atau ketetapan khusus yang diamalkan - keadaan ini juga tidak baik kerana para remaja memerlukan
sesuatu yang dapat dijadikan panduan untuk menjalani kehidupan mereka - tanpa panduan, belum tentu mereka
dapat melalui kehidupan ini dengan sebaik mungkin - mengakibatkan mereka mudah terjerumus ke arah gejala
sosial yang pelbagai kini.
 Ibu bapa yang terlalu memanjakan anak - anak – “bagai menatang minyak yang penuh” – tidak menegur kelakuan
anak-anak yang kurang sopan kerana takut anak berkecil hati – mengikut segala kemahuan anak-anak – anakanak
menggunakan kesempatan ini untuk keperluannya berseronok.
 Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi – mengharapkan anaknya mendapat keputusan cemer lang melebihi
keupayaan dirinya – memberikan tekanan – mencari rakan yang dapat menghiburkannya/ kadangkala ibu bapa
yang menetapkan jalan hidupnya pada masa akan datang – tidak berpeluang mengikut naluri/cita-cita sendiri –
remaja mula memberontak.
 Perceraian ibu bapa amat memberikan kesan mendalam terhadap anak -anak – mereka kehilangan kasih sayang
daripada ibu atau bapa. Ibu / bapa tunggal perlu bekerja keras menyara mereka – tidak banyak meluangkan masa
bersama mereka – mereka mencari keseronokan di luar.
2. Pengaruh rakan sebaya.
 Tersalah memilih rakan yang bersikap negatif/ mempunyai masalah disiplin – rakan merupakan antara orang yang
rapat dengan seseorang remaja – menjadi tempat mereka meluahkan pe rasaan dan masalah setelah diabaikan
oleh keluarga – terpengaruh dengan kelakuan buruk rakan sebaya – tertarik dengan cara rakan mengatasi
masalah mereka dengan mudah – vandalisme /penyalahgunaan dadah dll
 Perlakuan negatif ini disokong oleh rakan -rakan – menyebabkan mereka rasa kuat dan berani untuk melakukan
aktiviti tersebut lagi – jika ramai penyokong, dia merasakan dirinya popular dan berstatus.
 Menyahut cabaran daripada rakan sebaya - sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mengekalkan
persahabatan/menjadi ahli sesuatu kumpulan / takut disingkirkan – diugut dan mendapat balasan jika tidak
melakukannya - merokok/penyalahgunaan dadah dll – mereka lupa bahawa “kawan juga kadangkala boleh makan
kawan” - dalam keadaan ini ramai remaja terjerumus dalam gej ala sosial.
2
3. Pegangan agama yang rapuh.
 Didikan agama yang kurang – menipiskan tahap keimanan seseorang – didikan agama menjadi benteng yang
yang kukuh untuk menahan diri seseorang untuk melakukan perbuatan yang tidak baik - mereka tidak takut
membuat dosa kerana berangggapan perbuatan tersebut tidak mendapat pembalasan Tuhan pada masa itu juga.
 Agama menggariskan panduan hidup perbuatan yang boleh dilakukan dan dilarang – tanpa didikan agama, remaja
tidak dapat membezakan antara perbuatan yang baik da n batil/buruk – mereka tidak dapat bertindak secara
rasional dan lebih suka mengikut emosi untuk mengatasi sesuatu masalah – mudah terikut-ikut dengan keadaan
persekitaran yang tidak sihat/ terpengaruh dengan gejala sosial.
4. Pengaruh media massa (media cetak, media elektronik, internet dll)
 Media elektronik menayangkan rancangan yang ada unsur keganasan – kebanyakan remaja suka menonton
televisyen – terpengaruh dengan watak antagonis /jahat – memberikan idea untuk melakukan gejala sosial.
 Rancangan yang diimport dari Barat yang sering memaparkan gaya hidup yang bebas/mewah – remaja mula
meniru cara hidup sedemikian.
 Banyak rancangan dari Barat memaparkan remaja berani melawan nasihat ibu bapa kerana memperjuangkan hak
kebebasan mereka – nilai hormat-menghormati semakin luntur antara ahli keluarga.
 Rancangan memaparkan adegan-adegan yang mencolok mata dan mengghairahkan, lebih-lebih lagi bagi siaran
yang berbayar.
 Rancangan televisyen sebegini seolah-olah memberikan satu fahaman bahawa orang ramai boleh menga dakan
seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan antara dua pihak. Budaya seperti inilah yang
mendedahkan remaja kepada penyakit -penyakit kelamin yang berbahaya.
 Lambakan bahan picisan yang berunsurkan seks – mudah didapati kerana dijual di merata-rata tempat – harganya
murah dan mampu dibeli oleh remaja.
 Selain video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah didapati melalui internet yang sukar dibuat
tapisan oleh pihak yang berwajib.
 Media massa juga menyampaikan maklumat tenta ng fesyen-fesyen terkini – remaja yang terpengaruh akan mula
meniru fesyen tersebut – kebanyakannya mencolok mata – menyebabkan kes rogol.
 Budaya kuning dari Barat disebarkan melalui media massa - memperkenalkan cara hidup yang pincang seperti
“Hip-hop”, “punk”, “hippies”, “black metal”, “pink metal”, “one night stand”, seks bebas.
5. Sikap remaja itu sendiri.
 Perasaan ingin mencuba – naluri manusia yang normal untuk mencuba s esuatu yang baru bagi mendapatkan
kesannya/dapat memuaskan nafsu ingin tahu – tidak dapat memisahkan diri daripada perkara tersebut yang pada
asalnya sekadar ingin mencuba - menjadi “darah daging”.
 Sikap remaja juga dahaga akan keseronokan – apa-apa sahaja benda-benda yang memberikan keseronokan
kepada mereka akan dilakukan sama ada keran a terikut-ikut dengan sikap kawan-kawan atau pilihan sendiri. Hal
menyebabkan remaja terlibat dengan rokok, pergaulan bebas, lepak, mat rempit, dadah dan sebagainya – ketika
ini perkara yang terlintas di pemikiran mereka hanya keseronokan tanpa memikirkan akibat perbuatan mereka itu
kelak.
 Tidak mahu mendengar nasihat ibu bapa – “bagai mencurah air ke daun keladi ” - berasa diri mereka sudah dewasa
dan berhak membuat keputusan sendiri – tidak suka ibu bapa mencampuri ha l mereka.
 Lebih suka mendengar nasihat /pandangan rakan/kekasih – berasa seronok apabila bersama mereka kerana
bebas membuat apa-apa yang digemari tanpa pengawasan ibu bapa.
 Sikap kurang berkeyakinan kepada diri sendiri menyebabkan mereka bergantung kepada rakan -rakan membuat
keputusan atau mengikut sahaja telunjuk mereka.
 Mangsa penderaan yang ingin mengurangkan tekanan perasaan juga akan melakukan aktiviti-aktiviti tidak sihat ini.
6. Sikap masyarakat
 Sebahagian masyarakat bersikap apati ( tidak peduli), individualistik dan materialistik - remaja ialah produk sistem
sesebuah masyarakat - masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.
 Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu -isu
sosial sememangnya merumitkan masa lah yang sedia wujud.
 Menurut kajian, kebanyakan masalah sosial banyak berlaku di bandar - golongan remaja melakukan gejala sosial
bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal.
 Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa-apa perkara yang berlaku di
sekeliling mereka - golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini kerana
mereka tahu tiada sesiapa yang mempedulikannya.
3
KESAN / IMPLIKASI / MASALAH YANG TIMBUL:
1. Menggugat kesejahteraan sosial.
 Remaja menjadi liar - melakukan pelbagai gejala sosial tanpa perasaan bersalah – mengganggu ketenteraman
awam – orang ramai berasa tidak selamat – sentiasa bimbang akan keselamatan diri dan keluarga – menjadi
mangsa remaja bermasalah.
2. Membantutkan pembangunan negara.
 Remaja tidak berupaya memberikan sumbangan kepada negara – terjebak dengan kegiatan yang merosakkan diri
seperti penyalahgunaan dadah – remaja menjadi tulang belakang kemajuan negara – menggagalkan usaha
kerajaan melaksanakan dasar-dasar pembangunan dengan berjaya seperti RMK -9 – negara tidak lagi memiliki
modal insan yang berkualiti untuk menggerakkan ekonomi negara tidak mempunyai daya saing yang kuat.
3. Menjejaskan imej negara.
 Negara-negara lain akan memandang rendah kredibiliti negara kita – gagal menangani masalah sosial negara –
masalah sosial yang membabitkan pelancong asing – ragut/vandalisme dll – mengurangkan minat mereka untuk
kembali melancong di sini – menceritakan kepada rakan-rakan yang lain – media massa asing menghebohhebohkan
perkara tersebut - menjejaskan imej negara.
4. Mencemarkan maruah keluarga.
 Kerana nila setitik, rosak susu belanga – masyarakat hilang kepercayaan terhadap keluarga tersebut – maruah
keluarga tercalar/jatuh dengan tindakan remaja tersebut – “menconteng arang ke muka” – menjejaskan masa
depan adik-beradik yang lain – lebih teruk lagi jika menjejaskan emosi ahli keluarga yang tidak dapat menerima
tekanan daripada masyarakat – mengambil masa yang lama untuk memulihka n/mengembalikan maruah keluarga.
5. Menjejaskan masa depan remaja .
 Terlibat dalam gejala sosial menyebabkan mereka menjadi sampah masyarakat – dipandang hina –remaja tidak
mempunyai hala tuju / matlamat yang jelas pada masa depan – tidak bercita-cita tinggi –jika sudah insaf – sukar
mendapat kepercayaan daripada masyarakat lagi/memandang serong – sukar mendapatkan pekerjaan – disisihkan
keluarga yang tidak dapat menerima kelakuan mereka – hidup yang terumbang-ambing – akhirnya membunuh diri
atau melibatkan diri secara serius apabila dewasa – menjadi musuh negara.
LANGKAH MENGATASI/MENANGANI/MEMBENDUNG:
1. Peranan intitusi kekeluargaan.
 Hubungan kekeluargaan - Ibu bapa ubah paradigma/cara berfikir untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan –
tidak terlalu mengongkong/terlalu memanjakan akan-anak – kebebasan yang diberikan perlu ada batasan
 Meluangkan masa dengan anak-anak – mendengar masalah mereka – menjadi sahabat mereka – membawa
keluarga bercuti – melakukan aktiviti yang menarik .
 Ibu bapa perlu mengenali rakan anak-anak remaja mereka - jika perlu, sesekali meminta anak -anak supaya
membawa rakan-rakan mereka ke rumah supaya dapat mengetahui latar belakang dan tingkah laku kawankawannya
– memberikan nasihat jika ibu bapa mendapati kawan -kawan anak mereka mencurigakan dan dapat
membawa masalah pada kemudian hari.
 Pendidikan agama - Menerapkan didikan agama dan nilai -nilai murni dalam keluarga – sejak anak-anak masih kecil
– dapat membantu anak-anak terjebak ke kancah gejala sosial – mempunyai benteng keimanan yang kukuh.
 Sentiasa prihatin dengan perubahan sikap anak -anak – cara berpakaian/pertuturan/fizikal – menasihati dengan
cara berhemah dan tidak memarahi secara melulu jika anak -anak telah berubah ke arah yang tidak sihat.
 Menjadi model kepada anak-anak – menunjukkan teladan yang baik – anak-anak berkelakuan seperti ibu bapanya
– pendidikan bermula dari rumah - bapa borek, anak rintik/ ke mana jatuhnya kuah, kalau tidak ke nasi/bagaimana
acuan, begitulah kuihnya.
 Ibu bapa perlu sentiasa menambahkan ilmu /kemahi ran mendidik anak-anak/menjadi ibu bapa cemerlang –
Seminar Keibubapaan – dengan ilmu yang ada dapat menangani segala masalah anak -anak muda zaman
sekarang dengan bijak.
2. Peranan masyarakat.
 Memberi sokongan padu terhadap semua program yang dianjurkan oleh kerajaan- tidak memandang enteng segala
kempen anjuran kerajaan-sama-sama turut serta – tidak memberikan pelbagai alasan untuk lari dari
tanggungjawab – sibuk/banyak kerja.
 Membantu membimbing remaja yang tersalah langkah – tidak mengamalkan sikap mement ingkan diri sendiri
kerana beranggapan mereka bukan ahli keluarga sendiri – bersikap seperti enau dalam belukar , melepaskan
pucuk masing-masing– mereka mungkin dapat mempengaruhi anak-anak kita – “jangan sudah terhantuk, baru
terngadah” / “nasi sudah menjadi bubur”.
4
 Menerima kembali remaja yang telah insaf dengan hati terbuka – “bumi mana tidak ditimpa hujan” - tidak
memandang hina / memulaukan mereka– memberikan peluang untuk mereka berubah – pekerjaan/kepercayaan –
supaya mereka tidak kembali melakukan kegiatan lalu.
 Mengaktifkan/ menubuhkan Rukun Tetangga (RT) di kawasan tempat tinggal – RT merupakan satu program
sukarela yang bertujuan untuk membantu dalam pembangunan masyarakat setempat di Malaysia – Peranan utama
RT adalah untuk menganjurkan kumpulan-kumpulan rondaan yang bertugas pada waktu malam untuk
mengurangkan kegiatan jenayah di sekitar kawasan kejiranan – anggota kumpulan rondaan biasanya dianggotai
oleh ahli-ahli masyarakat di kawasan kejiranan tersebut – jika RT aktif menjalankan rondaan, gejala sosial dapat
dikurangkan.
3. Peranan sekolah.
 Pihak sekolah mengenal pasti pelajar bermasalah disiplin – untuk memantau kelakuan mereka – untuk diberikan
khidmat kaunseling – pihak sekolah memberikan sokongan moral – mengadakan kem motivasi.
 Sentiasa memaklumkan kes salah laku kepada ibu bapa – perbincangan antara pihak sekolah dan ibu bapa
diadakan –komunikasi dua hala dapat mengelakkan salah faham – penyelesaian dapat ditentukan.
 Pelajar yang bermasalah diberikan hukuman berbentuk kerja amal – mengurangkan hukuman berbentuk fizikal –
mengelakkan pelajar terlalu tertekan dan memberontak – mengurangkan kadar keciciran kerana
diberhentikan/berhenti sekolah.
 Menggalakkan pelajar menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah – memenuhi masa dengan berfaedah – menimba
pengalaman untuk bekerjasama,memimpin dan bertoleransi.
4. Peranan media massa.
 Media massa sebagai wahana menyampaikan informasi terkini berhati -hati memilih bahan yang ingin
ditayangkan/diterbitkan – tidak terlalu bersikap terbuka dengan memilih bahan -bahan dari luar negara.
 Mengutamakan bahan yang bermutu - tidak memilih bahan/rancangan yang diimport dari Barat – lebih sensitif
dengan norma-norma masyarakat timur.
 Tidak mementingkan keuntungan semata -mata/tidak mementingkan rancangan/bahan yang berbentuk komersial
sahaja – mengehadkan rancangan yang bercorak hiburan – perlu menyelitkan rancangan/bahan yang berunsurkan
pendidikan / ilmiah.
5. Peranan kerajaan.
 Melancarkan pelbagai kempen/program untuk pembangunan masyarakat, keluarga dan remaja.
 Kempen Antibuli/Hari Tanpa Tembakau/Rumahku, Syurgaku/P rogram Rakan Muda/Program Latihan Khidmat
Negara(PLKN) /Kempen Antidadah ( pilih yang bersesuaian dengan isu) – dapat mengurangkan masalah sosial
dalam kalangan remaja. Melalui kempen ini, remaja mendapat penerangan yang jelas tentang sesuatu isu
( dadah/buli/AIDS). Program Rakan Muda mendedahkan remaja dengan cara hidup yang sihat / remaja dilatih
untuk berdisiplin menerusi PLKN.
 Menguar-uarkan kempen hingga ke kawasan luar bandar – memberikan peluang kepada remaja di luar bandar
untuk mengetahui informasi-informasi terkini tentang sesuatu isu – ramai dalam kalangan mereka yang akan
berhijrah ke bandar – kejutan budaya dapat dikurangkan/lebih berhati -hati.
Pengenalan/Pendahuluan secara umum : Pelbagai jenis pendahuluan dapat digunaka n
Kini, masalah sosial dalam kalangan remaja semakin menjadi -jadi di negara kita. Setiap hari, berita tentang perkara
tersebut terpampang di dada-dada akhbar. Ada antara masalah tersebut telah menjadi kes polis. Apakah punca/ sebab/
faktor yang menyebabkan mereka melakukan perkara tersebut? Apakah implikasi/kesannya daripada gejala tersebut ?
Apakah langkah yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut?
Penutup secara umum : Cadangan dan harapan.
Semua pihak perlu bekerjasama/berganding bahu menanga ni gejala sosial dalam kalangan remaja ini supaya tidak
menjadi lebih serius lagi. Hal ini demikian kerana remaja merupakan aset yang sangat bernilai untuk
membangunkan/menerajui negara pada masa akan datang. Remaja juga akan memastikan kedaulatan negara sentiasa
terpelihara di samping meneruskan tradisi dan budaya bangsa.
SASARAN SAYA BM SPM 200__ ( 1A/2A/3B/4B/5C/6C/7D/8E/9G )
PILIHAN DI TANGAN ANDA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

INFO: CARA BUNUH NYAMUK. Bunuh nyamuk di sekitar rumah versi genius. Cubalah.

Bahan-bahan : • 200 ml air • 50 gram gula merah • 1 gram ragi • botol plastik saiz besar Langkah-langkah: 1. Potong botol plastik ditengah-t...